Friday, November 06, 2009

ARTIS TERLIBAT KEMALANGAN MAUT?

Lokasi: Jalan Lingkaran Tengah 2 Kepong, Kuala Lumpur
Tarikh: 5 Nov 2009
Jam: 1 pagi

Info: Nama penunggang motosikal- maut di tempat kejadian ialah Tuan Mohamad Nul Hakim Tuan Long, 21 tahun berasal dari Pengkalan Kubor, Tumpa, Kelantan. Kereta yang melanggar adalah kepunyaan seorang artis popular dan punca kemalangan maut ini masih dalam siatan pihak polis.






















GAMBAR TERKINI EMPUNYA KERETA..



sumber gambar: email peminat myartis


    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2008

Saturday, October 31, 2009

GRADUASI YUNA UITM

Yuna atau nama penuhnya Yunalis Zarai akhirnya menerima Ijazah Sarjana Muda bidang Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), 27 Oktober lalu. Maka dengan ini, bertambahlah artis yang mengikut jejak langkah Allahyarham Sudirman Haji Arshad sebagai 'artis berilmu'.

Harapan kita, moga Yuna akan terus sukses dan memilih jalan yang terbaik berbanding artis-artis lain yang hanya mementingkan populariti.





(\__/)
(='.'=)
(")_(")
myartis 2009

Monday, October 19, 2009

NABIL & IRMA SYOK BERKARAOKE

Bukan salah kalau nak berhibur atau nak berkaraoke... tetapi biarlah kena dengan caranya agar masyarakat tidak mengata. Lebih-lebih lagi sekiranya kita bergelar artis! Bak kata orang, kalau dah gatal sangat tu... baik nikah segera agar terhindar dari segala dosa!


Klik untuk gambar besar..!!







    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2009

AZWAN DAN AZMIN

Air dicincang takkan putus! Begitulah gambaran yang dapat dinyatakan tentang kehadiran Azmin di rumah terbuka Aidilfitri di kediaman adiknya, Azwan Ali di Ukay Perdana baru-baru ini. Turut hadir ialah isteri Azmin, Shamsidar Taharin. Walaupun mereka berdua pernah berselisih faham, namun ikatan kekeluargaan sebenarnya mampu mengatasi segalanya...


Klik untuk gambar besar..!



    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2009

Thursday, October 08, 2009

LEMBING AWANG PULANG KE DAYANG

Pada 22 Oktober ini, 30 buah pawagam bakal dihangatkan dengan sebuah filem epik yang diolah berdasarkan kisah benar. Lebih mengejutkan, filem tersebut mengambil masa hampir empat tahun untuk disiapkan akibat pelbagai masalah misteri hingga membantutkan kelancarannya.



Malah pelakon utamanya iaitu Farid Kamil ketika mula-mula berlakon dalam filem tersebut baru sahaja berusia 22 tahun. Selanjutnya, ketika berusia 25 tahun, Farid menyambung lakonannya semula untuk memperkemas filem Lembing Awang Pulang Ke dayang yang disifatkannya amat mencabar.

"Untuk menghayati watak Awang, saya telah meminta izin dan tunjuk ajar daripada waris Awang sendiri di Johor. Dengan tunjuk ajar mereka, Alhamdulillah... saya seperti mendapat semangat baru untuk berlakon dengan lebih baik," ujar Farid ketika ditemui di majlis pratonton filem tersebut di Mutiara Damansara.


Sinopsis

Kisah terjadi kira-kira 200 tahun dahulu disebuah pekan bernama Padang (sekarang di daerah Muar). Terdapat seorang gadis rebutan pemuda kampung bernama Dayang (Siti Elizad). Dayang menaruh hati terhadap Awang (Farid Kamil), pemuda tampan harapan Padang.



Apabila Awang masuk meminang, bapa Dayang (Dato Kuswadinata) yang mementingkan darjat, mengenakan syarat yang ketat sehingga Awang terpaksa belayar selama 3 tahun. Awang menyahut cabaran adat dan belayar meninggalkan Padang berbekalkan janji Dayang untuk kekal setia sehingga ‘keringlah laut tanah Melaka’.



Bachuk (Zul Huzaimi) juga meminati Dayang. Dengan ketiadaan Awang dan dengan bantuan guru silatnya Panglima Merah (Hattan) yang juga bekas ketua lanun, Bachuk mengumpan Pak Long agar dapat mendekati Dayang.



Pelayaran Awang hampir musnah apabila sampannya di serang lanun. Dia dijumpai terdampar di pantai oleh seorang pengembara aneh yang gemar berfalsafah bernama Dekar Agas (Aziz M Osman).



Dengan bantuan Nakhoda Galigo (Khir Rahman), Awang belayar ke Makasar (Pulau Sulawesi) untuk mencari duit dan kain mastuli. Dia bertemu dengan Claudia (Mei-Ling Ludi), seorang wanita Belanda cantik yang jatuh cinta kepada Awang dan tidak membenarkan dia balik ke Padang.



Apabila tempuh 3 tahun hampir tiba, Awang masih belum pulang dan Dayang diresahi khabar-khabar angin yang tidak baik. Usaha Bachuk mendekati Dayang masih berterusan dan Dayang kini sudah jinak-jinak merpati.



Watak Utama
Farid Kamil : Awang
Siti Elizad : Dayang
Zulhuzaimi : Bachuk
Hattan : Panglima Merah
Aziz M.Osman : Dekar Agas
Khir Rahman : Nakhoda Galigo

Watak Pembantu
Dato’ Kuswadinata
Dato’ Musthapa Maarof
Datin Rosnani Jamil
Uji Rashid
M.Rajoli


GAMBAR-GAMBAR PRATONTON:
KLIK DI SINI..!!


    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2009

Related Posts with Thumbnails
Loading...