22 June 2009

WAJAH BAKAL SUAMI SERINA CHEF WAN...

Baru-baru ini media melaporkan Selebriti terkenal Chef Wan memang cerewet bab memilih menantu. Chef Wan dikatakan susah untuk berkenan dengan calon menantunya, tidak kira samada orang itu berharta atau berkedudukan, bujang ataupun duda.

Kriteria yang diinginkannya belum tentu dapat dipenuhi oleh teman lelaki anak dara kesayangannya, Serina. Namun entah bagaimana, tembelang akhirnya pecah apabila gambar bakal menantu Chef Wan yang digosipkan dari London itu tersebar jua...

Kata segelintir pihak, patutlah Chef Wan menyorokkan wajah bakal menantunya itu daripada pandangan umum... rupa-rupanya betul 'mat salleh' daaa... Aik..!! segan ke atau sengaja nak merahsiakan wajah menantu yang putih melepak tu? Iyalah... bak kata orang, yang dekat tak hendak... yang jauh jua berkenan di hati!

Apa-apa pun, kita doakan sahaja agar Serina panjang jodohnya dengan 'Mat Salleh' yang menjadi pujaan hatinya itu pada Januari 2010. Lepas ni, senanglah Chef Wan nak keluar negara sebab ada bakal menantu yang menemani... tak gitu?



    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2009

No comments: